SKEMA
JAWAPAN
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1
a) Takrifkan maksud atmosfera.
[ 3 ]
Atmosfera
boleh ditakrifkan sebagai [satu
lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa] yang [berada di atas permukaan
bumi] disebabkan oleh[ tarikan daya graviti bumi].
![]() |
b) Jelaskan peranan troposfera dalam
mencorakkan cuaca di permukaan bumi [ 4
]
Peranan troposfera terhadap cuaca di permukaan bumi:
|
Kod
|
Peranan troposfera
|
Markah
|
|
B1
|
Menjadi tempat
simpanan wap-wap air. Wap-wap air dari proses sejat-peluhan akan terkumpul
dalam atmosfera membentuk awan, tepu dan turun sebagai kerpasan khususnya
hujan.
|
2
|
|
B2
|
Menjadi tempat
simpanan haba pendam yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah suhu di
permukaan bumi. Haba pendam yang banyak suhu akan meningkat dan sebaliknya
haba pendam yang sedikit suhu akan menurun.
|
2
|
|
B3
|
Menjadi tempat
berlakunya perubahan tekanan udara yang seterusnya mempengaruhi tiupan angin,
badai, taufan dan siklon. Di atmosfera suhu akan berubah, tekanan udara akan
berubah. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi (suhu sejuk) ke tekanan
rendah (suhu panas)
|
2
|
|
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi
x 2 markah = MAX 4 Markah
|
MAX 4
|
|
(c) Bagaimanakah lapisan
atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi? [4]
Cara lapisan atmosfera mengawal suhu
di permukaan bumi:
|
Kod
|
Peranan troposfera
|
Markah
|
|
C1
|
Melalui proses
serakan, serapan, tapisan dan balikan yang dijalankan oleh wap air dan
ozon terhadap bahangan matahari yang
menyebabkan bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja tenaga matahari.
|
2
|
|
C2
|
Melalui sifat
semulajadi sesetengah komponen atmosfera yang lutsinar kepada bahangan
matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan suhu bumi
seimbang.
|
2
|
|
C3
|
Melalui proses
ALBEDO iaitu pembalikan yang dilakukan oleh permukaan bumi yang bewarna cerah
seperti permukaan salji, permukaan laut dan cermin.
|
2
|
|
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah
|
MAX 4
|
|
d) Bagaimanakah aktiviti manusia menggangu
keseimbangan sistem atmosfera? [ 4 ]
Aktiviti manusia yang
menggangu keseimbangan sistem atmosfera.
|
Kod
|
Peranan troposfera
|
Markah
|
|
D1
|
Aktiviti
perindustrian dan pengangkutan yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau
seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang bersifat
lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi. Kesannya
suhu atmosfera akan meningkat menghasilkan pemanasan global.
|
2
|
|
D2
|
Aktiviti
pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan kawasan pertanian yang
banyak membebaskan partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, jelaga dan
habuk dalam kepekatan yang tinggi yang menghasilkan pencemaran udara dan
jerebu.
|
2
|
|
D3
|
Aktiviti pembandaran dengan membina bangunan konkrit
dan jalan bertar yang banyak menyimpan haba pendam dan dibebaskan pada waktu
malam yang menghasilkan pulau haba – suhu di bandar meningkat
|
2
|
|
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi
x 2 markah = MAX 4 Markah
|
MAX 4
|
|
Soalan
2
a) Terangkan
konsep fenomena El-Nino [5]
El-Nino merujuk kepada fenomena peningkatan suhu air di
permukaan Lautan Pasifik akibat peningkatan suhu global yang
menyebabkan berlakunya perubahan pola
tiupan angin timuran. Semasa El-Nino, kawasan sekitar kepulauan Asia Tenggara dan Utara Australia kurang
menerima angin lembap yang menurunkan hujan dan menyebabkan berlakunya kemarau
yang berpanjangan.
b) Huraikan
kesan fenomena El-Nino terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. [12]
Alam sekitar fizikal Alam
sekitar manusia
-
Kejadian kemarau -
kurang sumber makanan
-
Kemusnahan ekosistem
hutan -
masalah kesihatan
-
Kejadian jerebu -
masalah pengangkutan
c) Bagaimanakah
El-Nino mempengaruhi aktiviti pertanian dan perikanan di kawasan yang dilanda?
[8]
Aktiviti
pertanian
-
El-Nino menyebabkan
kemarau yg berpanjangan menyebabkan tanaman kering dan layu.
-
Banyak tanaman musnah dan
pendapatan petani berkurangan.
-
Produktiviti tanaman
makanan terjejas
-
Berlakunya krisis makanan
dan masalah kebuluran
-
Import bekalan makanan
meningkat
Aktiviti perikanan
-
El-Nino menyebabkan
peningkatan suhu di lautan sebanyak 50C dari suhu biasa.
-
Peningkatan suhu
menyebabkan kemusnahan kpd pertumbuhan
plankton
-
Kemusnahan plankton juga
menyebabkan tempat pembiakan ikan turut musnah
-
Kemusnahan plankton dan
terumbu karang menjejaskan sumber perikanan dan rantaian makanan terganggu.
-
Pendapatan nelayan akan
terjejas kerana sumber perikanan semakin berkurangan.
Soalan
3 (a)(i)
|
|
Markah
|
|
Tajuk
|
1
|
|
Skala
|
2
|
|
Plotan
|
6
|
|
Petunjuk
|
1
|
|
Label
Paksi
|
1
|
|
Kekemasan
|
1
|
|
Jumlah
|
12
|
ii)
Huraikan taburan hujan bulanan dan min suhu bulanan di
bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2000. [7]
-
Jenis iklim khatulistiwa yg
panas dan lembap di bandaraya Kuala Lumpur.
-
Jumlah hujan bulanan
tinggi dan min suhu bulanan rendah pada bulan Mac-Mei, dan bulan sept-nov.
-
Hujan plg tinggi dan suhu
plg rendah pd bulan April dan Okt disebabkan peralihan monsun.
-
Jumlah hujan yg rendah dan
min suhu bulanan tinggi pd Dis dan Jan serta pertengahan tahun antara Jun-Ogos.
-
Suhu plg tinggi pd Julai
disebabkan kegiatan perindustrian dan permukaan bertirap.
iii) Jelaskan kesan peningkatan suhu
bandar terhadap alam sekitar manusia. [6]
-
Kos hidup meningkat spt
bil elektrik
-
Ketidakselesaan hidup
penduduk bandar
-
Menganggu kesihatan spt
strok haba
-
Meningkatkan metabolisme
-
Menganggu aktiviti sosial
-
Bekalan air berkurangan
menyebabkan catuan air
Soalan
3(B)
i)
Jelaskan faktor yang
menyebabkan berlakunya banjir kilat di bandar-bandar besar di Malaysia. [10]
A1
– Kekurangan permukaan telap
air – 1m
·
Lebih
daripada 80% muka bumI di kawasan bandar khususnya
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town, Ipoh don lain-lain
dilitupi oleh permukaan yang tidak telap air
(bitumen, simen don aspalt).
·
Litupan
ini menyebabkan kadar susupan berkurang don aliran permukaan (run-off)
meningkat.
·
Kesannya, lebih banyak
air yang bertakung di permukaan berbanding dengan yang meresap ke dalam tanah.
Hal ini menyebabkan keberangkalian untuk
berlaku limpahan air di permukaan
adalah tinggi. – 1m
A2
– Sistem saliran bandar yang tidak cekap –
1m
·
Sistem longkang dan parit
yang sempit don cetek tidak mampu untuk menampung kuantiti don halaju air
larian permukaan pada satu-satu tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan
lebat.
·
Sistem longkang yang ada
di bandar-bandar besar mungkin sudah lama don bersaiz kecil berbanding dengan
isi padu larian air permukaan semasa yang mengalir di bandar.
·
Keadaan ini menyebabkan
sistem tersebut tidak mampu untuk menampung kapasiti air yang mengalir,
·
Kesannya, air lebih cepat
melimpah keluar dan membanjiri kawasan yang lebih rendah seperti di kawasan
lembah sungai dan dataran banjir di dalam bandar. – 1m
A3
– Kekurangan litupan tumbuhan – 1m
·
kawasan bandar mempunyai
litupan tumbuhan yang kurang, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pula
mungkin tidak padat atau masih kecil lagi.
·
Hal ini menyebabkan
proses pintasan air hujan (cegatan silara) oleh tumbuhan di dalam bandar telah
berkurang.
·
Tumbuhan amat penting
untuk memperlambatkan aliran air permukaan melalui proses pintasan air hujan
menerusi daun, ranting, dahan dan batang.
·
Ketiadaan
tumbuhan menyebabkan proses pen air ke dalam sistem
saliran tidak berlaku lalu air limpah dengan cepat. – 1m
A4
– Penebusgunaan kawasan tanah lembap (wet
land) – 1m
·
Sesetengah kawasan di
dalam bandar terdiri daripada kawasan tanah lembap. Sebagai contoh, kawasan
paya yang selama ini menjadi kawasan tadahan dan simpanan air hujan.
·
Penebusgunaan kawasan
bagi membina kawasan perumahan menyebabkan fungsi hutan paya untuk menyimpan
air musnah.
·
Oleh itu, air hujan yang selama ini dapat
disimpan di dalam paya terpaksa mengalir-limpah sebagai banjir kilat. – 1m
A5
– Faktor penduduk – 1m
·
Sikap penduduk yang
negatif menyebabkan sistem saliran khususnya sungai, longkang dan perparitan
tersumbat dengan sampah sarap/sisa domestik dan sisa buangan projek perumahan.
·
Selain longkang dan
parit, sistem sungai di dalam bandar merupakan laluan untuk discas/luahan air
dari kawasan bandar ke muara/laut.
·
Tindakan ini menyekat
aliran sungai di samping mencetekkan dasar sungai.
·
Dasar sungai yang cetek
menyebabkannya tidak mampu untuk
menampung isi padu air yang mengalir dalan saluran lalu mengalir melimpahi
tebing sebagai banjir kilat. – 1m
(Pemarkahan : 5 isi yang
dihurai x 2 m = 10m) .
|
3
|
(b)
|
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara.
|
[15]
|
|
LANGKAH PERUNDANGAN
1. Antara
langkah perundangan ialah mewartakan hutan paya yang ada di zon pinggir
bandar sebagai hutan rizab kekal (tidak ditebus guna sepenuhnya), Langkah ini
hanya membenarkan sebahagian daripada hutan ditebus guna untuk pembinaan
perumahan, manakala sebahagian yang lain dikekalkan dalam keadaan semula
jadi.
– 2m
2. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh
dikenakan kepada penduduk bandar yang tidak bertangungjawab membuang sampah
dengan sewenangnya ke dalam sungai seperti penduduk setinggan. Penguatkuasaan
diiringi dengan hukuman seperti denda/ kompaun, menyita premis don lain-lain. – 2m
LANGKAH
PENGURUSAN
1. Langkah
kejuruteraan/ kaedah tebatan banjir seperti membina benteng don tetambak,
membina sistem longkang yang besar (monsoon
drain) dan membina terowong air dalam tanah seperti Smart Tunnel di Kuala Lumpur. – 2m
2. Menyediakan
don menyelenggara sistem saliran dengan lebih cekap seperti melebar, mendalam
dan meluruskan sungai di dalam bandar agar dapat menampung kapasiti air
larian permukaan yang banyak. – 2m
3. Membersih
sistem saliran dalam bandar dari sampah sarap seperti membersihkan sungai,
parit dan longkang agar aliran tidak tersekat untuk discas air. – 2m
4. Menambahkan
kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput don pokok-pokok peneduh yang
boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan silara) seterusnya
boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalir-limpah.
– 2m
5. Mengurangkan
kawasan permukaan yang berturap dan diganti dengan laluan/medan berumput don
pokok-pokok kecil. – 2m
|
|||
|
|
|||
KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1. Meiaksanakan
kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk kawasan bandar
khususnya agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam
sungai.
– 2m
2. Kesedaran
sivik mestilah disampaikan kepada orang ramai dari semasa ke semasa agar orang
ramai tidak menjadikan sungai, parit dan longkang sebagai tempat pembuangan
sisa. Langkah ini bagi mengelakkan sistem saliran tersebut tersumbat.
– 2m
3. Kempen
ini dapat dilakukan melalui media massa, slogan, aktiviti gotong-royong yang
dianjurkan secara bersama antara agensi kerajaan, swasta, NGO don masyarakat
setempat.
– 2m
(Pemarkahan : ((2
isi langkah perundangan + 4 langkah pengurusan + 1 kempen) x 2 m + 1m = 15m.)
(+ 1m kesimpulan)
.
Soalan
4
a) Terangkan
maksud globalisasi ekonomi. [3]
Globalisasi ekonomi
merujuk keadaan saling kebergantungan antara negara di seluruh dunia
dari segi bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses
pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi.
b) Huraikan
faedah yang dapat dinikmati oleh sesebuah negara drpd kerjasama ekonomi
serantau. [6]
-
Perkongsian sumber alam
atau bahan mentah.
-
Perkongsian pasaran
-
Perkongsian teknologi
-
Perkongsian kepakaran dan
tenaga buruh
-
Perkongsian modal
-
Menggalakkan kerjassama
dalam bidang lain.
c) Bincangkan
langkah-langkah yg dpt diambil utk mempercepatkan pembangunan eko di kws
segitiga pertumbuhan. [6]
-
meningkatkan pelaburan
swasta
-
menyediakan kemudahan
asas
-
menjaga dan mengawal
keselamatan bersama.
-
Meningkatkan kecekapan
perkhidmatan
-
Pembangunan sumber
manusia
Soalan 5(a)
a) ( i)
Berdasarkan kepada sebuah negara
yang telah anda kaji, jelaskan mengapa industri pembuatan perlu diselerakkan
dari bandar ke luar Bandar
[
13 ]
Skema Pemarkahan:
Memilih sebuah Negara – dijangka
Malaysia = 1 Markah.
|
Judul Isi Jawapan
|
Huraian dan Contoh
|
Markah
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
|
2
|
|
Pemarkahan : 6
isi x 2 markah = 12 markah + 1 markah negara = 13 Markah
|
MAX 13
|
|
ii)
Huraikan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam
sekitar fizikal. [ 12 ]
Skema
Pemarkahan:
|
Judul Isi Jawapan
|
Huraian dan Contoh
|
Markah
|
|
1. Pencemaran udara, jerebu dan hujan asid.
|
|
2
|
|
2. Pemanasan
setempat.
|
|
2
|
|
3. Pencemaran air.
|
|
2
|
|
4. Kemusnahan ekosistem akuatik
|
|
2
|
|
5. Pencemaran bunyi dan bau
|
|
2
|
|
6. Pencemaran sisa toksid yang berbahaya/Pencemaran
tanih.
|
|
2
|
|
7. Pencemaran persekitaran/sampah sarap.
|
|
2
|
|
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah
|
||
Soalan 5
b) (i) Mengapakah trend penggunaan perkhidmatan
rel bandar semakin meningkat dalam kalangan penduduk metropolis Kuala
Lumpur?
[ 10 ]
Skema Jawapan
Sebab-sebab penggunaan perkhidmatan rel bandar semakin
meningkat di Kuala Lumpur:
|
Isi Utama
|
Huraian dan
contoh
|
Markah
|
|
1. Mengelakkan
kesesakan.
|
·
Kesesakan
jalanraya/traffic jam dapat dielakkan kerana perkhidmatan rel bandar
menggunakan laluan khas.
·
Seperti
laluan LRT, Monorel di ruang atas, tidak berkongsi dengan laluan lain.
|
2
|
|
2.
Mengurangkan pencemaran.
|
·
Pencemaran
udara berkurangan.
·
Sistem rel
bandar bersifat mesra alam.
·
Menggunakan
tenaga alternatif seperti komuter menggunakan tenaga elektrik bukannya bahan
bakar petroleum.
·
Kadar
pencemaran bunyi juga berkurangan berbanding dengan pengangkutan awam yang
lain.
|
2
|
|
3. Perkhidmatan
yang berkualiti dan selesa.
|
·
Mementingkan
keselamatan dan keselesaan penumpang.
·
Selesa –
berhawa dingin dan ruang duduk yang luas – lebih santai.
·
Sistem tiket
yang cekap dan cepat.
·
Boleh bawa
ramai penumpang/kapasiti tinggi dalam satu-satu masa.
|
2
|
|
4.
Ketersampaian tinggi/cepat dan mudah sampai.
|
·
Cepat sampai
– perkhidmatan laju sepertimana bullet train.
·
Banyak
stesyen hentian – memudahkan pergerakan penumpang.
·
Kekerapan
perjalanan – tempoh menunggu dijimatkan.
·
Mengikut
jadual – tepati masa.
|
2
|
|
5.
Menjimatkan kos/tambang berpatutan.
|
·
Kos tambang
berpatutan sesuai dengan jarak, masa dan kualiti perkhidmatan yang
disediakan.
·
Menjimatkan
kos petrol dan kos tol berbanding dengan penggunaan kenderaan sendiri untuk
ulang-alik ke tempat kerja.
|
2
|
|
6. Risiko
kemalangan rendah.
|
·
Risiko
kemalangan yang rendah kerana ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
·
Menggunakan
laluan khas – tidak bertembung dengan kenderaan lain.
|
2
|
|
Pemarkahan: 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah
|
MAX 10
|
|
ii) Jelaskan kesan perkembangan sistem pengangkutan darat
terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [ 15 ]
Sistem
pengangkutan darat adalah seperti lebuh raya,jalan raya,jalan keretapi dan
sistem rel bandar. Antara kesannya terhadap alam sekitar fizikal ialah:
|
Isi Utama
|
Huraian dan
contoh
|
Markah
|
|
1. Pencemaran
udara meningkat.
|
·
Perlepasan
asap kenderaan yang tinggi hasil pembakaran bahan api fosil yang tidak
lengkap.
·
Perlepasan
karbon monoksida, plumbum oksida dan hidrokarbon yang lain.
·
IPU meningkat
– menyumbang kepada kejadian jerebu.
·
Mengurangkan
jarak penglihatan dan menjejaskan kesihatan penduduk.
|
3
|
|
2. Pencemaran
bunyi dan bau busuk
|
·
Bunyi bising
dari enjin kenderaan yang semakin bertambah khususnya lori,bas dan keretapi.
·
Menggangu
ketenangan dan kualiti hidup terutamanya di kawasan bandar.
·
Bau busuk
asap kenderaan.
|
3
|
|
3. Hakisan
tanah dan tanah runtuh.
|
·
Pembinaan jaringan lebuh raya/jalanraya di kawasan
berbukit.
·
Aktiviti
menebuk, meneres dan memotong bukit.
·
Penambakan
paya/wet land – untuk dibina jalanraya, lapangan terbang dll.
·
Risiko
hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap
|
3
|
|
4. Perubahan
landskap yang ketara.
|
·
Penggondolan
hutan untuk membina jaringan lebuhraya/jalanraya.
·
Pembinaan
pelabuhan, lapangan terbang, medan letak kereta dll
·
Pembinaan
terowong, pemotongan bukit – landskap hutan semulajadi berubah.
|
3
|
|
5.
Peningkatan suhu mikro.
|
·
Pembebasan
haba terma dari engin bas,lori dan teksi khususnya di stesyen hentian.
Pemanasan setempat.
·
Pembebasan
gas-gas rumah hijau dari asap kenderaan – karbon monoksida,karbon
dioksida,plumbum oksida dll
·
Memerangkap
bahangan bumi menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat.
|
3
|
|
Pemarkahan: 5
isi x 3 markah = Max 15 markah
|
MAX 15
|
|
Soalan 6
|
6
|
(a)
|
Jelaskan faktor yang menyebabkan Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan.
|
[12]
|
||||||||
|
A1
– Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN
– 1m
·
Melalui penghapusan sekatan/ halangan
tarif, penghapusan dasar perlindungan, peraturan/birokrasi, cukai yang lebih
rendah. Mencapai Imbangan perdagangan. Mengimbangi eksport – import antara
negara ASEAN. – 1m
A2
– Meluaskan pasaran bersama. – 1m
·
Pasaran dalam negara yang mengamalkan
pasaran bebas ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz pasaran yang besar melebihi
530juta orang. –
1m
A3
– Mengurangkan tekanan/ ancaman globalisasi
ekonomi. – 1m
·
Mengurangkan monopoli pasaran dari
negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan lain-lain di dalam pasaran
ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang Berta mengurangkan ancaman
lambakan produk dari China. – 1m
A4
– Mengelakkan persaingan produk sesama ASEAN.
– 1m
·
Mengelakkan
persaingan produk yang sama di pasaran yang sama. Meningkatkan
kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian
pemasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran,
perkongsian teknologi, dan kepakaran. – 1m
A5
– Keuntungan kos berbanding. – 1m
·
Saling keuntungan/menikmati Faedah kos
berbanding seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah, pengkhususan dan
perkongsian komponen produk. Harga barangan akan
menjadi lebih rendah. – 1m
A6
– Menjamin
Bekalan barangan dalam pasaran. –
1m
·
Menjamin bekalan barangan di pasaran
sentiasa ada/berterusan terutama barangan keperluan harian pengguna seperti
produk makanan, pakaian, barangan elektrik dan sebagainya. – 1m
(Pemarkahan
: 6 isi yang dihurai x 2 m = 12m) .
|
|||||||||||

No comments:
Post a Comment